Let us share the informations about the Higher education opportunities and study Loans for Malaysian Indian.

SKIM BIASISWA SUKAN TAHUN 2008

Skim Biasiswa Sukan 2008


Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2008 kini dibuka. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

SYARAT KELAYAKAN SBS

Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan. Kumpulan murid yang terlibat adalah yang berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

Syarat kelayakan seseorang murid untuk pertimbangan mendapat Skim Biasiswa Sukan ialah:

  1. murid warganegara Malaysia;

  2. sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan di sekolah menengah bantuan kerajaan:

  3. menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM:

  4. mengikuti program pembangunan sukan latihan di Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri, Pusat Sukan Daerah atau mana-mana pusat di bawah programyang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

  5. tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Keutamaanakan diberi kepada murid yang terlibat dalam program latihan lapan (8)Sukan Teras Prestasi Tinggi dan lain-lain sukan yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Download form :- Click the link below --->

Scholarship application Form

Download Guide :- Click the link below --->

Guide

Sebarang makluman lanjut sila hubungi:

En. Norhanim Bin Mohd Akhir (no. telefon: 03-8884 1011)

SOURCE : www.moe.gov.my

No comments: